assalamualaikum
salam perjuangan buat sahabat2 fillah, sahabat sejalan smg kita semua sntiasa dilindungiNya dan dilimpahi barakah dan rahmat kasih sayangNya.. sudah lama betul tak mencoret dan mencatat sesuatu di blog kesayangan ni. bukan tak mau, tapi waktu tak mengizinkan. sekarang ana sudah di Malaysia dan sedikit sibuk dgn bbrapa hal yg perlu dibereskan. buat teman2 sejalan yg masih sudi ziarah ke blog ana yg serba kurang ni, teruskan perjuangan kalian berdakwah menerusi blog.
Tiada kata-kata 'berakhir', 'rehat', atau 'pencen' dalam berdakwah. thabatlah di jalanNya, jalan jihad wp mehnah mendatang. walaupun sepatah kata, walau sesaat waktu yg diluangkan utk jihad ttp akan dihitung Allah, jika ikhlas mengiringi.
Sahabat2 fillah, Islam adalah jalan kita. dakwah adalah tugas kita. mata pena adalah senjata kita. teruslah istiqomah dgn jln dakwah demi memastikan Islam dijunjung mulia. Allahuakbar!!
sblm ana akhiri kalam ringkas ini, mohon maaf dipinta dr sahabat2 sejalan andai terdapat salah dan silap, kata2 dan sikap dalam berukhuwwah. belum terlambat utk mengucapkan Minal 'aidin wal faizin...
salam perjuangan dari,
Mawarbungsu.
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya yang maksudnya:
"Sesiapa yang bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sekali, maka Allah akan merahmatinya 70 kali" .
Cahaya hati bertambah ia tatkala kita sholawatkan Nabi
Nabi keturunan Hasyim cahayanya tak akan sirna sekali-kali
Maka sinar cahaya kita adalah daripada sinar cahaya Nabi
Bersholawatlah atas nabi yang terutama itulah Junjungan Nabi
Antara Dua Cinta
http://liriknasyid.com
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman
dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Rapuh
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
http://mp3sgratis.net/o/opick/opick-rapuh/
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.