Posted by: Amin Idris Category: Skill-komunikasi
Ramai Perdana Menteri
Sepanjang kariernya, Reagen mempamerkan keupayaan luar biasa ketika berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Bukti yang paling jelas adalah ketika beliau memimpin di Rumah Putih. Ketika mengumumkan keputusannya untuk bertanding berebut kerusi Presiden pada tahun 1980 (kebetulan sekarang musim pilihanraya umum ), beliau menggagaskan visinya di dalam kempen secara jelas dan ringkas dengan menyatakan;
Mesej saya untuk anda semua mestilah kepada 5 perkataan ringkas yang sering kita dengar. Tiada teori-teori besar ekonomi leteran pada falsafah politik. Tetapi hanya 5 perkataan sahaja: keluarga, pekerjaan, kejiranan, kebebasan dan keadilan.
Mungkin kita tidak mempunyai cita-cita ataupun berpeluang untuk memimpin negara sepertimana Perdana Menteri-Perdana Menteri kita, tetapi kita tetap perlu memiliki keupayaan berkomunikasi. Kejayaan perkahwinan anda, pekerjaan dan perhubungan sesama manusia benar-benar bergantung kepada komunikasi.
Kita takkan jadi MAGNETIK jika orang tidak tahu apa yang kita mahu dan di mana hala tuju kita. Anda mungkin boleh menjadi seorang yang berkomunikasi yang berkesan jika anda mengikuti 4 asas di bawah;
· Mudahkan mesej anda
· Pandang dan lihat
· Tunjukkan kebenaran
· Dapatkan respon
0 comments:
Post a Comment