Posted by: Amin Idris Category: Skill-komunikasi

Hari ni saya berkongsi dengan anda 7 langkah bagaimana seorang tokoh Timur Tengah menjadi Magnetik. Tokoh yang saya maksudkan ialah Mustafa Masyhur. Beliau adalah salah seorang Mursyidul Am (Spiritual Leader) ke-5 kepada sebuah pertubuhan Islam yang memulakan gerakan mereka lebih 60 tahun yang lalu di Mesir; Ikhwanul Muslimin.


Mustafa Masyhur memperkenalkan teknik bagaimana untuk memenangi hati dan mempengaruhi individu seterusnya membimbing mereka untuk bersama dalam perjuangan Ikhwanul Muslimin. Namun tips ini berguna bukan hanya untuk Ikhwanul Muslimin tetapi untuk sesiapa sahaja. Mari kita lihat 7 Tips Mustafa Masyhur;

  1. Mewujudkan hubungan silaturrahim dan perkenalan (ta’aruf dengan mad’u)
  2. Membangunkan iman yang lumpuh di jiwa mad’u
  3. Menolong menyelesaikan masalah
  4. Menjelaskan konsep ibadah yang syumul (sempurna)
  5. Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
  6. Kepentingan bersama dalam organisasi dakwah
  7. Organisasi yang patut dipilih dan disertai

0 comments:

:. PeRmAtA zAmAn .: