Showing posts with label http://www.aminidris.com/ver2/index.php. Show all posts
Showing posts with label http://www.aminidris.com/ver2/index.php. Show all posts



Posted by: Amin Idris Category: Skill-komunikasi

Ramai Perdana Menteri Malaysia telah berjaya memberikan impak yang besar kepada Negara kita kerana kehebatan komunikasi yang mereka miliki. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir adalah contoh hebat yang terlintas di pemikiran saya. Dari sudut pemimpin Barat, saya bukanlah seorang pengkagum Amerika, tetapi saya cukup tertarik dengan bakat komunikasi yang di pamerkan oleh Ronald Reagen. Di awal kariernya, beliau bermula sebagai DJ radio. Ketika usianya di awal 20-an beliau menjadi seorang DJ yang popular di barat tengah. Beliau juga serangkali mengacarakan perlawanan-perlawanan siaran langsung.

Sepanjang kariernya, Reagen mempamerkan keupayaan luar biasa ketika berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Bukti yang paling jelas adalah ketika beliau memimpin di Rumah Putih. Ketika mengumumkan keputusannya untuk bertanding berebut kerusi Presiden pada tahun 1980 (kebetulan sekarang musim pilihanraya umum Malaysia :)), beliau menggagaskan visinya di dalam kempen secara jelas dan ringkas dengan menyatakan;

Mesej saya untuk anda semua mestilah kepada 5 perkataan ringkas yang sering kita dengar. Tiada teori-teori besar ekonomi leteran pada falsafah politik. Tetapi hanya 5 perkataan sahaja: keluarga, pekerjaan, kejiranan, kebebasan dan keadilan.

Mungkin kita tidak mempunyai cita-cita ataupun berpeluang untuk memimpin negara sepertimana Perdana Menteri-Perdana Menteri kita, tetapi kita tetap perlu memiliki keupayaan berkomunikasi. Kejayaan perkahwinan anda, pekerjaan dan perhubungan sesama manusia benar-benar bergantung kepada komunikasi.

Kita takkan jadi MAGNETIK jika orang tidak tahu apa yang kita mahu dan di mana hala tuju kita. Anda mungkin boleh menjadi seorang yang berkomunikasi yang berkesan jika anda mengikuti 4 asas di bawah;

· Mudahkan mesej anda

· Pandang dan lihat

· Tunjukkan kebenaran

· Dapatkan respon



Posted by: Amin Idris Category: Skill-komunikasi

Hari ni saya berkongsi dengan anda 7 langkah bagaimana seorang tokoh Timur Tengah menjadi Magnetik. Tokoh yang saya maksudkan ialah Mustafa Masyhur. Beliau adalah salah seorang Mursyidul Am (Spiritual Leader) ke-5 kepada sebuah pertubuhan Islam yang memulakan gerakan mereka lebih 60 tahun yang lalu di Mesir; Ikhwanul Muslimin.


Mustafa Masyhur memperkenalkan teknik bagaimana untuk memenangi hati dan mempengaruhi individu seterusnya membimbing mereka untuk bersama dalam perjuangan Ikhwanul Muslimin. Namun tips ini berguna bukan hanya untuk Ikhwanul Muslimin tetapi untuk sesiapa sahaja. Mari kita lihat 7 Tips Mustafa Masyhur;

  1. Mewujudkan hubungan silaturrahim dan perkenalan (ta’aruf dengan mad’u)
  2. Membangunkan iman yang lumpuh di jiwa mad’u
  3. Menolong menyelesaikan masalah
  4. Menjelaskan konsep ibadah yang syumul (sempurna)
  5. Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
  6. Kepentingan bersama dalam organisasi dakwah
  7. Organisasi yang patut dipilih dan disertai

:. PeRmAtA zAmAn .: